Jika 4 tahun yang lepas, pada tahun 2015, Leandro Velazquez dianggap sebagai wira JDT apabila menjaringkan gol kemenangan dan gol tunggal perlawanan akhir Piala AFC di Dushanbe. 

Gol Leandro tersebut sungguh bermakna apa tah lagi beliau dibawa masuk dari skuad JDT II khusus untuk saingan Piala AFC peringkt kalah mati.

Kali ini jaringan Leandro juga turut mencatat sejarah apabila dua gol jaringan beliau ketik menewaskan Perak 3-0 semalam juga merupakan gol ke 300 dan 301 JDT dalam saingan Liga Super sejak 2013. Jaringan Akhyar Rashid selepas itu menjadi gol ke 302 JDT.

JDT LEPASI ANGKA 300 GOL, PURATA DUA GOL SETIAP SATU PERLAWANAN LIGA SEJAK 2013Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, July 7, 2019

JDT kini telah menjaringkan 302 gol dalam Liga Super melalui 151 perlawanan sejak revolusi mega bola sepak Johor dimulakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada tahun 2013.

Jumlah jaringan JDT itu menjadikan nisbah jaringan 2 gol setiap perlawanan sejak 2013.

Sepanjang musim ini, Leandro telah menjaringkan 7 gol kesemuanya dalam Liga Super. Bagi Akhyar Rashid, gol dalam perlawanan menentang Perak merupakan gol peribadi ke-3 sejak bersama JDT pada awal musim.

Sementara itu untuk musim 2019, sebanyak 42 gol telah dijaringkan setakat ini bersamaan dengan nisbah 2.21 gol setiap perlawanan. JDT masih berupaya meningkatkan statistik ini dalam tiga lagi baki perlawanan liga untuk kempen 2019. 

Sumber : Media JST

Foto : The Photoshooterz