Berbekalkan semangat juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turun tanpa sebarang tekanan menentang Perak di Stadium Perak sebentar tadi.
Semangat itu membuahkan hasil apabila JDT berjaya menewaskan Perak 3-0 di hadapan penyokong lawan.
JDT turun tanpa membuat banyak perubahan di barisan kesebelasan utama mereka. Hanya S. Kunanlan dan Gonzalo Cabrera sahaja direhatkan dan digantikan dengan Azrif Nasrulhaq dan Nazmi Faiz Mansor.
Adam pula kembali di bahagian pertahanan tengah menggantikan Aidil Zafuan.
Kedua-dua pasukan buntu menjaringkn sebarang gol sehinggalah di minit ke 38, Leandro Velazquez berjaya menjaringkan gol untuk JDT membolehkan JDT mendahului Perak 1-0.
Kedudukan kekal 1-0 sehinggalah tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling membuat serangan, namun kepantasan Farizal Marlias dan Hafizul berjaya mengekang gawang gol dibolosi.
Leandro Velazquez menjadi hero JDT malam ini setelah berjaya menambah jaringan di minit ke 48 perlawanan.
JDT berjaya menambah jaringan melalui pemain gantian Akhyar Rashid pada masa tambahan mengesahkan kemenangan JDT 3-0 mengalahkan Perak.
Dengan kedudukan ini, JDT kekal di tangga teratas dengan 49 mata, kelebihan 16 mata berbanding Pahang (43 mata) di tempat kedua.
JDT juga melebarkan sayapnya kekal bermain 19 perlawanan tanpa tewas. JDT masih mempunyai 3 perlawanan lagi termasuk 2 perlawanan di tempat sendiri. Dengan kejayaan menumpaskan Perak, peluang untuk mencapai ‘invincible’ amat cerah.
Perlawanan JDT selepas ini adalah menentang PJ City pada 10 Julai di Stadium Larkin.
Kesebelasan JDT :
Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Diogo Luís Santo, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, Azrif Nasrulhaq, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento