Selamat hari lahir kepada lagenda Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang genap umurnya 32 tahun hari ini, 05 Julai 2019.
Banyak sumbangan beliau terhdap JDT sepanjang karier beliau bersama JDT dari 2013 hinggalah musim lepas, 2018. Pencapaian paling besar dan paling manis adalah menjuarai Piala AFC pada 2015. Namun hajat beliau tidak kesampaian apabila tidak sempat bermain dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) di peringkat kumpulan.
Walaupun begitu beliau hanya dapat sekadar bermain dalam ACL peringkat kelayakan 4 tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2018.
Kami ingin berkongsi kejayaan Safiq Rahim dari segi jaringan gol sejak bersama JDT disamping berjaya merebut 11 kejuaraan bersama JDT.
All Time JDT Top Scorrer
Safiq Rahim menjadi penjaring terbanyak JDT seoanjang zaman ketika ini apabila telah berjaya menjaringkan sebanyak 56 gol sejak bersama JDT hingga musim lepas.
Penjaring kedua terbanyak adalah Pereyra Diaz dengan jaringan 53 gol.
Sukar untuk bukan sahaja penain import malah pemain tempatan untuk memecahkan rekod Safiq Rahim buat beberapa tahun ini. Hanya Gonzalo Cabrera sahja yang mampu memecahkan rekod Safiq itu kerana sehingga kini Cabrera sudah mencapai 42 gol dan menduduki tempat ke-4 penjaring terbanyak JDT.
Penjaring Penalti Terbanyak Sepanjang Zaman
Selain dari jumlah jaringan gol padang, Safiq juga mencatat penjaring gol penalti terbanyak JDT dengan jaringan sebanyak 17 gol penalti. Jauh meninggalkan pemain lain seperti Martin Lucero dan Gonzalo Cabrera dengan masing-masing 6 gol penalti.
Kelab JDT memberi penghargaan kepada jsa beliau terhadap JDT dengan memanggil beliau menyertai Perlawanan Amal JDT All Stars Ahad lepas mewakili Rest of the World.
Terima kasih Safiq Rahim.
Foto : The Photoshooterz