Berikut adalah pendapat serta alasan yang diberi oleh Malaysia Football League, Kevin Ramalingam melalui laporan yang telah dialih bahasa dari akhbar New Straits Time bagi menidakkan kenyataan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi sebab liga kita bosan :
Ramai peminat bola sepak negara merasakan bahawa Liga Super sudah awal mudah diramalkan selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi kejuaraan keenam berturut-turut diibaratkan sebagai persaingan satu hala.
Walau bagaimanapun, ketua eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam tidak fikir dan menafikn ini adalah keadaan sebenarnya.
Beliau menegaskan serta membuat persamaan dengan Bayern Munich dan Juventus yang masing-masing telah menguasai Bundesliga dan Serie A.
Untuk rekod, Bayern Munich telah menjadi juara Jerman selama tujuh musim berturut-turut sementara Juventus memenangi liga Itali lapan kali berturut-turut.
Kevin berkata dominasi JDT tidak harus dilihat sebagai suatu yang negatif terutamanya apabila mereka menetapkan standard yang tinggi untuk pasukan lain contohi.
“Lihatlah Juventus dan Bayern Munich … adakah kita mengatakan bahawa pasukan ini tidak baik untuk liga mereka? Tidak, mereka adalah duta dan penanda aras liga mereka masing-masing.” kata Kevin.
“Kita perlu lihat dari sudut yang positif, dan JDT tidak semestinya menyapu semua trofi dalam setahun.
“Jadi, saya tidak fikir ia adalah satu perkara yang tidak baik kerana memberi pasukan lain mengejar kejuaraan yang lain.
“JDT telah menetapkan satu contoh untuk kebanyakan pasukan lain ikuti. Jika dahulu, semua mahu meniru JDT mengguankan ‘recaro seat’. Namun kini beralih kepada aktiviti media sosial, penglibatan peminat, akademi, padang latihan, menambahbaik padang dan sebagainya.
“Itu semua kesan dari JDT. Bagaimana kita boleh mengatakan sebuah pasukan yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa (JDT), telah membuatkan liga kita membosankan ? Itu adalah komen yang tidak adil dan saya rasa ia hanya datang dari orang yang berfikiran sempit. “
Walau bagaimanapun, Kevin mengakui bahawa penambahan pasukan Liga Super daripda 12 psukan kepada 14 mungkin tidak akan berlaku kerana kualiti pasukan yang ada sekarang masih belum mengizinkan.
“Kita mempunyai 12 pasukan dan memerlukan 22 pusingan untuk diselesaikan, jadi, jika kita tambah kepada 14 pasukan, kita memerlukan 26 pusingan dan akan bermain empat minggu tambahan. Pada kalendar sekarang, saya tidak tahu di mana untuk muat dalam itu tetapi jika boleh, saya akan suka mempunyai 16-18 pasukan, “katanya.
“Sains sukan bagi pasukan kita tidak berada di tahap mereka boleh bermain setiap tiga hari. Di Thailand, mereka bermain lebih banyak tetapi kita belum berada di tahap itu lagi.
“Satu lagi perkara, di mana saya akan mencari 16 pasukan Liga Super? Sekarang, saya hanya mempunyai enam daripada 12 pasukan. Saya tidak kata yang lain tidak bagus tetapi hanya enam pasukan itu sahaja yang benar-benar diuruskan secara profesional, mempunyai kemudahan dan boleh menguruskan pasukn mereka dengan baik.”
Bolehkah saya mencari 16 itu ? Di manakah saya boleh mencarinya ?
Artikel penuh di : New Straits Time
Foto : The Photoshooterz