Perlawanan amal yang sungguh menghiburkan dan dilangsungkan dengan meriah di Stdium Larkin. Membawa masuh lagenda-lagenda bola sepak dunia yang rata-rata pernah menjuarai Piala Dunia nyata telah membawa nama Johor Darul Ta’zim (JDT) di mata dunia.

Ia dianggap sebagai satu kaedah promosi dan pemasaran (marketing) yang sukar diikuti oleh pasukan lain.

Seterusnya, laporan perlawanan yang dipetik dari Kosmo Online : 

Pasukan Johor Darul Takzim pilihan Tunku Mahkota Johor (JDT TMJ) berjaya menundukkan JDT Pilihan Dunia 9-5 dalam perlawanan amal di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin hari ini.

Gol-gol kemenangan pasukan JDT TMJ dihasilkan bekas pemain Piala Dunia Itali, Marco Materazzi minit ketiga manakala bekas pemain Perancis, Frorent Malouda pula menghasilkan gol m-4, m-11 dan m-66.

Robert Pires turut mencatatkan selaku penjaring gol menerusi gol keempat dan keenam (m-15 dan m-44) diikuti Tunku Ismail Sultan Ibrahim minit ke-23.

Pada minit ke-50, Trezequet menghadiahkan gol ke tujuh perlawanan manakala Malouda sekali lagi menghasilkan gol kelapan minit ke-66 manakala Diogo Santo meledakkan gol kesembilan pada m-89 perlawanan.

Lima gol bagi pasukan JDT Pilihan Dunia pula dihasilkan Louis Saha (m-20), Rivaldo Ferreira (m-42 dan m-46), Edgar David (m-57) dan Claudio Caniaggia (m-59).

Perlawanan amal bintang dunia berjaya menarik lebih 17,000 peminat bola sepak bukan sahaja dalam negara malah penonton dari negara luar.

Rangkuman perlawanan dan gol-gol jaringan :

Saksikan rangkuman aksi-aksi menarik perlawanan ‘JDT All-Stars Friendly’ di antara pasukan JDT TMJ menentang ‘JDT Rest…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, June 30, 2019

Artikel penuh di : Kosmo Online