Baru sebentar tadi sebuah kelab Liga 2 Thailand mengumumkan mereka telah mengikat Dominic Tan secara pinjaman selama 4 bulan bagi mengharungi baki perlawanan liga mereka.

Kelab tersebut turut berkata, Dominic Tan seorang pertahanan yang baik adalah pemain skuad Bawah 23 Malaysia dan akan memakai jersi nombor 30.

Dominic Tan, pertahanan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Johor Southern akan bermain untuk sebuah kelab di Liga Thailand secara pinjaman.

Kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua pihak memandangkan JDT telah pun menjuarai Liga Super 2019. Dan di ketika ini Liga Super pun sudah hampir menutup tirainya.

"OFFICIAL"สโมสรโปลิศเทโร เอฟซี เสริมทัพในเลกที่ 2 ด้วยการดึงกองหลังตัวเก่ง Dominic Tan มาจากสโมสรฟุตบอลยะโฮร์ ดารุล…

Posted by Police Tero FC on Tuesday, July 2, 2019

Penghijrahan itu sekali gus membuka peluang buat pemain berusia 22 tahun berkenaan untuk mendapatkan pengalaman dalam liga bola sepak  Thailand yang dianggap antarabliga terbaik rantau ini.

Di kelab baru itu juga diharapkan beliau mendapat minit bermain yang lebih nemandangkan beliau juga adalah pemain kebangsaan.

Gambar Dominic Tan telah dimuatnaik oleh pasukan Police Tero FC beberapa jam yang lepas menunjukkan beliau sedang jalani sesi latihan bersama pasukan itu.

Police Tero FC adalah sebuah pasukan dari Liga 2 Thailand dan sekarang ini sedang menduduki tangga ketiga liga dengan mengutip 31 mata. 3 mata di belakang kedua liga. Tiga pasukan teratas Liga 2 Thai akan dinaikkan ke Liga 1 Thai musim hadapan.

Liga 2 Thai masih ada berbaki 16 perlawanan lagi untuk musim ini dan perlawanan berikutnya bagi Police Tero adalah pada 03 Julai ini dalam kejuaraan League Cup Thailand bertemu Custom United. Jika menang, mereka akan memasuki peringkat suku akhir.

Kita diakan beliau berjaya menimba seberapa banyak pengalaman di sana. 

" Who is he? "เขาเป็นใคร มาจากไหนพรุ่งนี้มีคำตอบ พร้อมศูนย์หน้าคนใหม่จากฝรั่งเศส…………………………….#wearecomingback#wearepolicetero

Posted by Police Tero FC on Monday, July 1, 2019