JDT, Kelab Ketiga Layak Ke Liga Juara-Juara AFC Peringkat Kumpulan 2020

Setelah berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara automatik layak ke pusingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.

Itu merupakan penyertaan kedua berturut-turut JDT sejak bermula tahun ini. Status juara Liga Super Malaysia 2019 melayakkan JDT ke saingan kelab tertinggi Asia.

Saingan di peringkat tertinggi Asia adalah menjadi idaman JDT kerana banyak kelebihan yang akan diperoleh berbanding dengan saingan Piala AFC.

JDT menjadi kelab ketiga dari Zon Asia Timur yang sudah mengesahkan tempat di peringkat kumpulan ACL 2020 selepas dua kelab dari Australia iaitu Perth Glory dan Sydney FC.

Di peringkat Piala AFC, JDT sudah pernah mengecapi juara kejuaraan itu pada tahun 2015. JDT menang 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Istiklol FC di Dushanbe. Gol tunggal dijaringkan oleh Velazquez.

Saingan buat tahun kedua ini menghadirkan JDT yang lebih matang setelah banyak dipelajari melalui penampilan pertama musim ini.

Pada ACL 2019, JDT hanya mencatat 1 kemenangan, 1 seri dan 4 tewas dengan mengutip 4 mata. JDT gagal ke peringkat kalah mati namun membuat kejutan dengan menewaskan juara ACL 2018, Kashima Antlers di Stdium Larkin.

Rekod JDT Dalam ACL

Beberapa rekod dicipta walaupun berada di tangga terbawah Kumpulan E.

  • Kelab pertama dari Malaysia bermain di peringkat kumpulan ACL.
  • Kelab pertama dari Malaysia memperoleh mata pertama melalui keputusan seri dengan Gyeongnam FC.
  • Kelab pertama Malaysia memperoleh kemenangan dan 3 mata penuh setelah menewaskan Kashima Antlers 1-0.
  • Kelab pertama Malaysia menjaringkan gol melalui perlawanan melalui Diogo Luis Santo dalam perlawanan menentang Kashima di tempat lawan.
  • Safawi Rasid, pemain tempatan pertama menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara AFC.
  • Kelab pertama Malaysia bermain dua tahun berturut-turut dalam ACL (2019 dan 2020)
  • Kelab Malaysia paling banyak bermain dalam ACL (2019, 2020). Belum termasuk peringkat kelayakan sebelum ini.

Saingan peringkat kumpulan ACL 2020 dijangka akan bermula pada minggu kedua bulan Februari 2020 (10.02.2020).

Kesemua perlawanan ACL 2020 di tempat sendiri dijangka berlangsung di stadium baharu JDT, Stadium Sultan Ibrahim, stadium tercanggih Asia Tenggara dalam konteks bola sepak. 

Sudah tentu JDT akan lebih bersedia tahun hadapan dengan sayu semangat yang baharu itu.