“Diogo brilha e garante título antecipado da Superliga da Malásia”
Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super Malaysia malam tadi telah mendapat liputan dari buletin sukan (lance.com) ruangan ‘Futebol Internacional’ negara Brazil. Pemain JDT yang menjadi tumpuan buletin sukan online itu adalah penjaring gol kedua JDT, Diogo Luis Santo kerana beliau sendiriberasal dari negara tersebut.
Diogo telah menjaringkan gol kedua JDT di separuh masa pertama pada minit ke 27 selepas mendapat hantaran dari Corbin Ong.
Buletin itu turut menceritakan bagaimana JDT menjadi sebuah empayar mencipta sejarah bukan setakat mengekalkan kejuaraan, malah menjuarai Liga Super buat kali keenam berturut-turut.
Diogo Santo bukan setakat membantu Buriram United menjuarai Liga 1 Thailand, malah pada musim ini beliau turut membantu JDT pula.
Media sukan Thailand (fox sports Thailand) juga turut menceritakan Diogo meneruskan kejayaan di JDT.
Tidak ketinggalan juga kejayaan Benjamin Mora memimpin barisan JDT menjuarai Liga Super mendapat liputan media sukan di Mexico.
Ikuti selanjutnya di : www.lance.com