Selepas menewaskan Melaka United (MU) dan seterusnya menjuarai Liga Super buat kali keenam berturut-turut, pengurus Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemainnya malam itu.
Luahan hati Figueroa itu dimuat naik dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers sebentar tadi. Selain itu beliau telah memuji pemain-pemainnya kerana mengawal permainan dengan baik.
Pada pandapat beliau pemain telah bermain bola sepak dengan sangat baik. JDT berjaya menewaskan MU 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
“Kami juga mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Kami berjaya memperolehi tiga mata dan kini kami dapat meraikan kejuaraan.” kata Luciano.
Kegembiraan Figueroa jelas dan nyata melalui kenyataan beliau itu.
“Saya sangat gembira. Saya amat bangga dengan para pemain, mereka telah melakukan tugas dengan hebat. Sejak permulaan liga lagi mereka telah melakukan tugas dengan cemerlang. Saya perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Kami sangat gembira.” jelas Luciano lagi.
“Kami masih mempunyai empat lagi perlawanan, dan kami akan cuba memenangi kesemua perlawanan. Kami akan melakukan yang terbaik sepertimana yang telah kami lakukan sehingga kini. Kami juga akan cuba menamatkan liga dengan rekod tanpa kalah.”
Luciano amat terhitang budi dan berterima kasih kepada kelab JDT dan pemilik JDT sendiri, DYAM Tunku Mahkota Johor kerana masih memberi peluang kepada beliau kekal bersama JDT.
“Saya sangat gembira berada di dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan mencipta banyak sejarah. Kami bertuah mempunyai ‘Boss’ seperti DYAM Tunku Mahkota Johor yang sering memberi sokongan kepada kami dari segi mental dan juga fizikal tidak kira apa pun yang berlaku.”
Luciano Figueroa satu-satunya bekas seorang di JDT dan telah mencipta banyak sejarah dan rekod. Selain itu beliau seorang bekas pemain yang diambil sebagai pengurus pasukan dan mencipta kejayaan bersama ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora.
Luciano Figueroa juga merupakan salah seorang lagenda JDT yang telah mencipta pelbagai rekod di JDT.
Artikel asal : JOHOR Southern Tigers
Foto : ThePhotoshooterz