Nazmi n Diogo kedua-dua pemain ini telah menjaringkan gol dalam perlawanan yang mengesahkan kejuaraan Liga Super milik Johor Darul Ta’zim (JDT) pada ketika melawan Melaka United (MU) dan seterusnya mengesahkan kejuaraan liga.
Dua penjaring yang mempunyai cerita yang berbeza.
Nazmi Faiz Mansor mencatat gol pembuka jaringan perlawanan malam itu. Jaringan yang pantas seawal minit ke 7 perlawanan. Jaringan yang boleh dianggap menjadi pembakar semangat JDT serta memberi keyakinan untuk memenangi perlawanan malam itu.
Jaringan Nazmi malam tadi begitu manis buat beliau sendiri kerana gol tersebut adalah merupakan gol peribadi pertama beliau musim ini untuk JDT. Beliau belum pernah menjaringkan sebarang gol sebelum ini dalam 224 minit penampilan.
Diturunkan dalam kesebelasan utama JDT buat kali ke 3 malam tadi dalam Liga Super musim ini. Daripada 10 penampilan dalam Liga Super, Nazmi hanya bermain sekali sahaja penuh masa iaitu ketika menentang PKNP FC pada 09 Mac di Larkin.
Namun sumbangan Nazmi malam tadi sudah cukup melakar rekod JDT.
Nama Diogo Luis Santo sudah tidak asing lagi sebagai peledak gol bagi JDT, tercatat pada malam bersejarah buat JDT sebagai penjaring kedua JDT menentang Melaka United. Gol tersebut adalah gol ke-10 Diogo dalam saingan Liga Super 2019. Keseluruhannya 12 gol dalam semua kejuaraan.
Diogo Santo menyertai JDT pada awal musim dan telah menyumbang kejayaan JDT musim ini. Musim lepas, 2018, beliau membantu Buriram United menjadi juara Liga 1 Thailand. Dua tahun berturut merangkul kejuaraan liga dalam dua buah negara. Disamping itu beliau merupakan penjaring terbanyak musim 2018 dalam Liga 1 Thailand.