Kemeriahan dan kegembiraan tidak dapat disorokkan ditahan-tahan lagi. Kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka sepanjang musim ini.
Sebaik sahaja wisel penamat ditiup, JDT sah menjadi juara Liga Super 2019 dan enam tahun berturut-turut sejak 2014.
Kegembiraan itu ditunjukkan oleh pemain apabila mereka sama-sama meraikan kemenangan kejuaraan itu di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Bukan setakat pemain sahaja malah beberapa orang penyokong juga turut meluru masuk padang menyambut kemenangan tersebut. Namun iany dapat dikawal dengan baik dan harmoni oleh para petugas.
Sebab mereka pun tahu dan sedar situasi itu sementara dan tidak lama dan para penyokong tersebut bukannya mahu merusuh.
Tahniah pemain JDT.
Tahniah barisan jurulatih JDT.
Tahniah pihak pengurusan JDT.
Tahniah pemilik JDT, DYAM TMJ !!!
Berikut dihidangkan video-video sambutan meraikan kemenangan JDT