Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan dominasi selaku pasukan terbaik di negara ini, setelah mempertahankan kejuaraan liga berkenaan buat musim keenam berturut-turut sejak 2014.
Kemenangan tipis 2-1 dilakar JDT ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini, menyaksikan skuad Harimau Selatan muncul juara liga musim ini walaupun mempunyai baki empat perlawanan lagi.
JDT membuka tirai jaringan melalui jaringan Nazmi Faiz Mansor seawal minit ke 7 perlawanan. Gol tersebut dijaringkan oleh Nazmi selepas bola muntah dari pintu gol Melaka United. Jaringan tersebut tidak nampak cukup bagi JDT yang sering membuat serangan bahaya.
Gol Nazmi itu adalah gol peribadi beliau yang pertama pertama musim ini.
Diogo Santo mencatat sebagai penjaring gol kedua JDT malam ini hasil jaringan di minit ke 27. Diogo bijak merembat bola dalam pada beliau diapit oleh pertahanan Melaka United tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Gol Diogo itu adalah gol ke 10 beliau dalam Liga Super 2019 bersama JDT musim pertama beliau.
Kedudukan kekal JDT mendahului Melaka United 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Di akhir separuh masa kedua sebelum tamat perlawanan, Melaka United berjaya merapatkan jurang dengan jaringan dari kapten Melaka United, Shukor Adan. Jaringan tersebut diperoleh selepas sepakan penalti yang diperoleh Melaka United dapat ditepis oleh Farizal Marlias namun bola itu terus ke kaki Shukor.
Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan seterusnya menyaksikan JDT menjulang piala Liga Super buat kali keenam berturut-turut sejak 2014.
Kejayaan menakjubkan JDT itu turut mendapat ucapan tahniah dari MFL :
Kesebelasan JDT: Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid
Kesebelasan Melaka Utd : Khairul Fahmi Che Mat, Jang Suk-won, Safiq Rahim, N’Guessan Davy Claude Angan, Luca Milunovic, Patrick Reichelt, Shukor Adan (C), Raimi Nor, Wan Amirul Afiq Wan Rahman, Nazrin Nawi, Faris Shah Rosli
Foto : MFL + iflix