Perlawanan JDT malam ini menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka bakal menempa sejarah yang sukar dipecahkan sekiranga JDT memenangi perlawanan itu. 

Antara yang boleh tercatat jika JDT menang malam ini adalah :

  1. JDT akan  menjuarai Liga Super 2019
  2. JDT menjadi juara Liga Super enam tahun /musim berturut-turut (2014-2019)
  3. JDT akan bermain peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 dya tahun berturut-turut.
  4. JDT akan menjadi pasukan ketiga yang layak ACL 2020 peringkat kumpulan dikalangan pasukan Asia Zon Timur, selepas Perth Glory dan Sydney FC dari Australia. 
  5. JDT akan melebarkan rekod 18 perlawanan tanpa tewas Liga Super musim ini.
  6. JDT akan bermain merebut Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, In Shaa Allah.
  7. 37 perlawanan Liga Super tanpa tewas berterusan sejak 24/02/2018.
  8. 19 perlawanan Liga Super tanpa tewas berterusan di tempat lawan sejak 10/03/2018
  9. Ia menjadi piala Ke-13 dalam koleksi piala yang JDT rangkul sejak 2013