Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dinobat sebagai juara Liga Super 2019 lebih awal seandainya mereka berjaya mengalahkan Melaka United malam ini selepas pencabar terdekt mereka, Pahang tumpas 2-5 kepada Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengn kekalahan Pahang itu bermakna mata maksimum yang mampu dikutip oleh anak-anak buah Dollah Salleh dalam baki lima perlawanan adalah 15 mata. Ini menjadikan jumlah mata yang boleh dikumpul Pahang menjadi 45 mata.

Manakala JDT bakal memperoleh 3 mata lagi seandainya meraih kemenangan di Stadium Hang Jebat dan mata terkumpul mereka adalah 46 mata.

Ia sudah cukup untuk menggagalkan mana-mana pasukan mengatasi JDT lagi walaupun merek menang kesemua baki perlawanan.

Jika berjaya menumbangkan Melaka United, itu bermakna JDT bakal melakar satu lagi rekod dalam bola sepak tempatan dengan mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim keenam berturut-turut.

Tiada yang mustahil untuk JDT meneruskan rentak kemenangan. JDT menewaskn Selngor 3-2 di Stadium Larkin sebelum ini dan juga masih belum tewas sepanjang musim Liga Super 2019 ini.

JDT sudah tentu ingin mengulangi kegemilangan mereka pada 2016 apabila pada musim itu JDT mencatat rekod ‘invincible’, rekod tidak pernah tewas semusim.