Pahang melakukan rombakan seratus peratus dalam kesebelasan utama mereka malam ini menentang Selangor FA dalam aksi Liga Super perlawanan ke-18. Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Tiada seorang pun pemain yang diturunkan malam ini dalam kesebelasan utama Pahang merupakan pemain kesebelasan ketika menentang Perak di Stadium Darul Makmur dalam saingan Separuh Akhir Piala FA pusingan pertama.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh nyata mahu pemain utama mereka berehat sepenuhnya bagi menghadapi pusingan kedua Separuh Akhir Piala FA di Ipoh, Perak nanti.

Percaturan Dollah nyata memakan diri apabila dengan mudah Selangor mendahului Pahang dengan jaringan 3-0. Tiga gol Selangor dijaringkan oleh Khyril Muhymeen(1) dan Ifedayo (2).

Selangor menambah jaringan pada minit ke 46 melalui Endrick dan Ifedayo mencipta hatrik pada minit 86.. Dan selepas ini Selangor sudah boleh tukar pemain dan menurunkan barisan simpanan pula seperti Pahang.

Pahang berjaya mengurangkan jurang apabila memperoleh gol melalui Kogileswaran pada minit ke 68 dan Sumareh minit ke 77.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Selangor menewaskan Pahang 5-2. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan Dollah Salleh bahawa Pahang akan tumpukan perhatian lebih kepada Piala FA.

Baca juga : JDT Boleh Lebih Awal Jadi Juara Malam Esok Sekiranya …..

Dengan keputusan ini, ia memudahkan lagi tugas JDT dalam merebut kejuaraan keenam mereka. 

Secara tidak semena-mena JDT pula berpeluang dinobatkan juara Liga Super 2019. Ini akan berlaku sekiranya JDT berjaya menewaskan Melaka United malam esok di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Ini juga bermakna simulasi 1 penulis semakin hampir menjadi realisasi. Kita cuma harapkan keputusan yang positif di Melaka nanti.

Foto : Pahang FA