Tahniah kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang telah mengalahkan UiTM FC 2-0 malam tadi dan seterusnya Berjaya merampas kembali kedudukan di tangga teratas Liga Percana 2019. Perlawanan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
Dengan kemenangan tadi, JDT II Berjaya mengumpul 33 mata selepas 17 perlawanan. Di tempat kedua liga adalah Sabah yang mengutip 31 mata melalui 15 perlawanan, 2 perlawanan kurang daripada JDT II. Sabah akan menentang Sarawak di Stadium Likas malam ini. Sabah boleh memintas semula JDT II sekiranya memenangi perlawanan malam ini.
Dalam perlawanan malam tadi, JDT mula mengasak ke kubu lawan seawal minit permainan. Beberapa percubaan apat dipintas oleh pertahanan UiTM. Kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Gol pertama JDT II hadir seminit selepas perlawanan separuh masa kedua. JDT II membuka tirai jaringan bermula dari hantaran lintang Fazly Mazlan dan disudahkan melalui tandukan oleh Ramadhan saifullah Usman minit ke 46.

JDT II meneruskan asakan walaupun sudah berjaya mendahului 1-0 dan pada minit ke-57, Syazwan Andik hampir menambah jaringan apabila larian solo ke dalam kawasan kotak penalty dapat ditampan oleh penjaga gol UiTM, Nor Haziq.
Gol kedua JDT II dijaringkan oleh Ghaddar meletakkan JDT di hadapan 2-0. Sebelum tamat perlawanan, pasukan UiTM terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Park Yong-Jun menerima kad merah. Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat perlawanan.