Perlawanan Liga Super Malaysia 2019 sudah hampir ke penghujungnya dengan berbaki 5 perlawanan sahaja lagi. 56 perlawanan akan berlangsung pada hari ini, 25 Jun 2019 dan esok, 26 Jun 2019.

Penulis berminat menumpukan dua perlawanan utama minggu ini iaitu perlawanan antara Selangor dan Pahang di Stadium Shah Alam malam ini dan esok antara Melaka United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat.

Pendahulu liga, JDT dan kedua liga, Pahang kedua-duanya akan bermain di tempat lawan. Kedua-dua perlawanan itu adalah penting dan mungkin menjadi sejarah liga musim ini.

Seperti mana yang diketahui, JDT hanya memerlukan menang dua perlawanan sahaja lagi untuk menjulang kejuaraan Liga Super musim ini. Namun ramai yang tidak sedar ada keputusan lain yang memungkinkan JDT menjulang piala lebih awal lagi iaitu pada malam esok.

JDT boleh dinobatkan juara Liga Super 2019 sekiranya satu kemungkinan ini berlaku, iaitu Pahang tewas dan JDT menang minggu ini. Sekiranya keputusan itu seperti yang penulis jangkakan, maka JDT akan merangkul kejuaraan Liga Super lebih awal dan buat kali keenam berturut-turut sejak 2014.

Grafik : BST15

Perlawanan malam ini antara Selangor dan Pahang di Stadium Shah Alam akan memberi kesan kepada JDT malam esok. Sekiranya Pahang tewas, maka JDT boleh jadi juara Liga Super di Stadium Perak, Ipoh sekiranya JDT menang.

Berikut di senaraikan 9 simulasi dalam setiap keputusan bagi dua pasukan iaitu Pahang dan JDT.

Simulasi 1-3
Simulasi 4-6
Simulasi 7-9
Grafik : BBST15

Perlawanan LS19 bagi Pahang dan JDT adalah :

06/07/2019 : Pahang vs Kuala Lumpur dan Perak vs JDT

Foto Kredit : The Photoshooterz