Beberapa perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah menjadi tumpuan kepada penyokong dan penggiat sukan bola sepak tanah air. Sepertimana yang diketahui, JDT hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk dinobat sebagai juara Liga Super 2019 dan juara enam kali berturut-turut sejak 2014.

Perlawanan minggu ini adalah antara JDT dan Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka pada malam esok, 26 Jun 2019. Hariss Harun seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, enggan terlalu merasa selesaketika JDT berada di puncak liga meninggalkan pencabar terdekat, Pahang 13 mata.

Sebaliknya kapten JDT, Hariss Harun mengingatkan rakan sepasukannya supaya berwaspada dengan ancaman Melaka United (MU) malam esok. Hariss akui corak permainan sebelum ini ketika menewaskan Selangor 3-2 adalah kurang konsisten turut berharap satu persembahan yang lebih mantap nanti.

Berikut adalah hasil temuramah wartawan Berita Harian terhadap Hariss Harun menjelang pertemuan malam esok :

“Persembahan ketika menang ke atas Selangor 3-2, baru-baru ini bukanlah permainan terbaik JDT dan masih ada ruang untuk meningkatkan lagi permainan dan persiapan lebih rapi akan dilakukan sebelum menentang MU.

“Kita kena fokus kerana aksi seterusnya di gelanggang lawan dan pertembungan menentang MU dianggap penting bagi kami untuk kekalkan momentum kemenangan dalam usaha memburu kejuaraan liga keenam berturut-turut.

Baca juga : JDT Boleh Jadi Juara Liga Di Melaka Jika …….

“Mengikut perkiraan, kita perlu menang dua lagi perlawanan iaitu menentang MU dan Perak jika mahu mengesahkan kejuaraan lebih awal. Tapi biarlah kami harungi satu persatu perlawanan malah kami tidak boleh terlalu selesa sebaliknya kerja keras harus diteruskan bagi mengharungi setiap perlawanan,” katanya.

Hariss Harun juga menganggap transformasi yang dilakukan oleh Melaka United membuatkan pasukan itu lebih mantap lebih-lebih lagi mereka dibarisi oleh pemain berpengalaman seperti Safiq Rahim, Nazrin Nawi dan Shukor Adan.

Safiq Rahim, bekas pemain JDT sudah tentu serba sedikit tahu permainan JDT dan kemampuan setiap pemain JDT. Melaka disertai juga pemain import yang baik namun ketiadaan Dominik Balic di bahagian pertahanan agak mencacatkan sedikit Melaka United yang mana harus diambil peluang oleh JDT malam esok.

“Kami tahu cara Safiq beraksi di padang dan dia juga tahu cara JDT beraksi. Ia pasti pertembungan menarik bukan sahaja pertembungan saya dengan dia tapi dengan semua pemain JDT yang harus waspada kelicikan barisan pemain MU,” kata Hariss.

Artikel penuh di : Berita Harian