Undian Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-asiana.my edisi Mei 2019 telah pun bermula pada Jumaat lepas dan akan berakhir pada 01 Julai 2019.
Marilah kita sama-sama mengundi Farizal Marlias sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM-asiana.my Mei 2019 di http://bit.ly/supermei19
Kemampuan dan kredibiliti beliau mengemudi gawang pasukan sebagai benteng terakhir JDT tidak perlu dipertikaikan lagi. Farizal Marlias berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos sebanyak tiga dari empat perlawanan dalam saingan liga pada bulan Mei.
Ini secara tidak langsung membantu pasukan Harimau Selatan menang kesemua empat perlawanan dan mengukuhkan lagi cengkaman di persada liga.
Saingan perebutan anugerah ini adalah dari empat pemain lain yang telah turut disenaraikan iaitu Patrick Reichelt (Melaka United), Ifedayo Olusegun (Selangor FA), Jonathan Bauman (Kedah FA) dan Pedro Henrique (PJ City FC).
Langkah mengundi :
- Klik pautan http://bit.ly/supermei19
- Klik Farizal Marlias
- Klik ‘undi’
- Selesai
Grafik : PFA Malaysia