Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bermain menentang Melaka United Rabu ini di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. Ia merupakan perlawanan ke 18 bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super Malaysia 2019. 

Perlawanan itu cukup penting buat pemain pertahanan Melaka, Wan Amirul Afiq Abdul Rahman bagi memastikan Melaka berada di landasan tepat. Melaka mempunyai harapan muncul tiga pasukan terbaik Liga Super musim ini.

Melaka ketika ini berada di kedudukan tangga keempat dengan mengutip 26 mata di bawah JDT, Pahang dan Kedah.

Bagi Afiq, kemenangan ke atas skuad Harimau Selatan sememangnya dituntut bagi memastikan kecemerlangan pasukan pada baki empat saingan akan datang.

Bagaimanapun, dia melihat JDT sebagai sebuah pasukan paling mantap yang sukar digugat namun segalanya tidak mustahil untuk dilakukan.

“Apa yang penting kami perlu kental fokus 90 minit permainan sekali gus merencana arahan jurulatih dengan berkesan.

Afiq turut berkata jika semuanya berjalan lancar lawan (JDT) mampu dijinakkan di Stadium Hang Jebat nanti.

“Namun kami sedar kesukaran yang bakal dihadapi terutama untuk mengekang pergerakan penyerang mereka.

“Kami sudah bersedia memberi terbaik sepanjang permainan,” katanya.

Sementara itu, JDT juga memerlukan kemenangan bertemu Melaka United kerana JDT hanya perlukan dua sahaja lagi kemenangan untuk dinobatkan juara Liga Super 2019 lebih awal.

Selain dari Shukor Adan, Melak United turut diperkuatkan okeh bekas dan lagenda JDT, Safiq Rahim yang mungin sudah biasa dengan rentak permainan JDT dan penain-pemainnya.

Artikel penuh di : Harian Metro

Foto : Melak United (MUSA)