Kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor 3-2 bukan sahaja berjaya mengutip 3 mata penuh dan menghampiri kejuaraan keenam JDT, malah jaringan sulong JDT yang dilakukan oleh Gonzalo Cabrera juga merupakan jaringan bersejarah buat JDT dan beliau sendiri.
Jaringan Cabrera malam tadi merupakan jaringan ke-9 beliau dalam Liga Super Malaysia 2019. Jaringan itu juga adalah jaringan yang ke 29 beliau dalam Liga Super sejak bersama JDT pada 2017. Jaringan itu telah menobatkan beliau sebagai penjaring terbanyak Liga Super untuk JDT sepanjang zaman (All-Time).
Penjaring kedua terbanyak adalah Pereyra Diaz dengan 28 gol. Ia diikuti oleh Luciano Figueroa dengan 25 gol dan Safiq Rahim keempat dengan 24 gol.
Sejak bersama JDT, Gonzalo Cabrera telah menjaringkan sebanyak 42 gol dalam semua kejuaraan yang melibatkan JDT. 19 gol pada 2017, 14 gol pada 2018 dan 9 gol pada 2019 setakat ini. Jumlah jaringan tersebut juga meletakkan beliau di tempat ke-4 jaringan keseluruhan JDT.
Tempat pertama adalah Safiq Rahim (56 gol), kedua Pereyra Diaz (53 gol), Luciano Figueroa (43 gol) dan keempat Gonzalo Cabrera dengan 42 gol. Ia masih belum jauh lagi dan masih berpeluang memintas lagenda JDT, Safiq Rahim. Cabrera memerlukan 14 gol untuk memintas dan ia boleh menjadi kenyataan sekiranya beliau masih kekal bersama JDT musim hadapan.
Jumlah jaringan gol Cabrera masaih belum berhenti lagi kerana JDT masih mempunyai baki 5 perlawanan dalam Liga Super 2019 serta Piala Malaysia yang akan bermula selepas tamat Liga Super nanti.
Catatan rekod tidak setakat itu sahaja malah pada musim ini setakat ini, Cabrera menjadi penjaring penalty JDT terbanyak iaitu sebanyak 3 gol diikuti oleh Diogo Santo 2 gol. Pada musim ini JDT hanya mencatat jaringan penalti sebanyak 7 gol sahaja berbanding dengan 2016 sebanyak 16 gol penalti.
Untuk rekod, Gonzalo Cabrera sepanjang bersama JDT, beliau telah menjaring gol dalam Piala AFC (1 gol), Piala Malaysia (7 gol), Piala FA (5 gol) dan Liga Super (29 gol).
Beliau juga pemain kedua terbanyak minit bermain mencatat 1984 minit, kedua selepas Hariss Harun untuk musim ini setakat ini.
Diturunkan dalam kesemua 24 perlawanan JDT musim ini kecuali perlawanan menentang PKNS dalam pusingan ke-3 Piala FA. Beliau hanya diletakkan di bangku simpanan ketika itu dan JDT tewas serta terkandas untuk ke pusingan seterusnya.
Beliau berada dalam kesebelasan utama JDT sebanyak 22 perlawanan daripada kesemua 24 perlawanan JDT musim ini. Dua kali dilayangkan kad kuning.
Selain itu beliau 14 perlawanan diturunkan sepenuh masa. Sememangnya ia satu percaturan JDT sejak musim lepas, beliau akan digantikan dengan pemain lain beberapa minit sebelum perlawanan tamat untuk memberi peluang kepada pemain lain.
Melihat kepada prestasi beliau itu, adakah beliau akan kekal bersama skuad JDT musim hadapan ?
Foto : The Photoshooterz