Tahniah Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana memenangi perlawanan malam ini menentang Selangor di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. JDT menang tipis 3-2 di hadapan hampir 9,000 orang penyokong.

JDT memulakan perlawanan dengan bersemangat dan garang. Ianya terbukti dengan dua gol yang dihasilkan dalam 12 minit pertama perlawanan. Gol pertama dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke 9. Diikuti tiga minit kemudian JDT menambah jaringan melalui Leandro Velazquez pada minit ke 12.

Kedudukan kekal 2-0 sehinggalah hampir tamat separuh masa pertama apabila Khyril Muhymeen Zambri berjaya merapatkan jurang jaringan hasil daripada sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke 41. Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat separuh masa kedua.

Di separuh masa kedua giliran Safawi pula mencatat penjaring gol JDT malam ini apabila berjaya melepasi pertahanan Selangor, Prabakaran dan seterusnya berjaya melorongkan bola melepasi penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid menjadikan kedudukan 3-2.

Gol tersebut hasil dari umpanan (assist) dari Nazmi Faiz Mansor yang malam ini diletakkan dalam barisan kesebelasan JDT. Gol Safawi tersebut juga adalah merupakan gol ke-7 peribadi beliau dalam saingan Liga Super musim ini.

Sebelum tamat perlawanan, Selangor berjaya menambah jaringan merapatkan jurang jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke 89 yang disempurnakan oleh Sandro Da Silva Mendonca. Kedudukan kekal 3-2 sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, JDT kekal ditangga teratas dan begitu selesa 13 mata di hadapan Pahang yang berada di tangga kedua liga walaupun Pahang masih kekurangan satu lagi perlawanan.

Grafik : Malaysia Football League (MFL)

JDT juga hanya memerlukan dua sahaja lagi kemenangan daripada baki 5 perlawanan untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super 2019 dan kejuaraan keenam berturut-turut sejak 2014.

Betul bak kata jurulatih Selangor sebelum perlawanan malam ini, ”
“Cabaran menentang JDT ibarat mendaki Gunung Everest.”

Sathianathan juga mengakui, peluang semua pasukan untuk mengatasi JDT dalam perebutan gelaran Liga Super musim ini boleh dianggap mustahil.

Keputusan perlawanan :
JDT (3) – (2) SELANGOR
(Gonzalo Cabrera 9′ / Leandro Sebastián Velázquez 11′ / Safawi Rasid 61′)
(Khyril Muhymeen Zambri 41′ / Sandro Da Silva Mendonca 89′(pen)

Statistik perlawanan dari Stadium Astro

Kesebelasan Utama JDT :
Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento

Foto Kredit : The Photoshooterz