Khidmat Dominic Tan kini telah disambar oleh kelab Liga 1 Thailand apabila pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan sah menyertai Trat FC secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Penghijrahan berkenaan telah disahkan oleh laman Facebook rasmi milik Johor Southern Tigers pada Jumaat lepas sekali gus membuka peluang buat pemain berusia 22 tahun berkenaan untuk mendapatkan pengalaman dalam liga bola sepak tertinggi Thailand.

DOMINIC BERPINDAH KE LIGA TERTINGGI THAILAND SECARA PINJAMANPemain pertahanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT)…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, June 14, 2019

Sebagai rekod, Trat FC kini berada di tempat keenam liga Thailand dan perjanjian pinjaman itu memberikan Dominic peluang mengembangkan bakatnya sebagai seorang pemain profesional di pentas antarabangsa.

Dominic yang berusia 22 tahun ini adalah antara anak muda di JDT yang telah dikenalpasti untuk masa hadapan. Beliau juga telah membuat debut antarabangsa pada bulan ini.