Sudah pasti Corbin Ong tidak dapat mengelak dari merasa gembira dan teruja malam tadi.

Jaringan gol sulong beliau dalam kancah bola sepak Malaysia memanxar rasa kepuasan beliau apabila menyumbang jaringan ketika Malaysia membelasah Timor Leste 7-1 dalam perlawanan pusingan pertama play-off Kelayakan Piala Dunia 2022 malam tadi.

Corbin Ong, pemain pertahanan kiri Johor Darul Ta’zim (JDT) buat kli kedua dipanggil untuk latihan pusat. Kali pertama beliau dipanggil namun terpaksa pulang awal kerana mengalami kecederaan.

Panggilan kali kedua disenaraikan dalam latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Timor Leste. Pada awalnya agak kekok namun 8 pemain JDT yang ada bersama membuatkan beliau semakin hari semakin selesa.

Kali pertama Corbin Ong menyarung jersi negara apabila bermain menentang Nepal dalam perlawanan persahabatan dan menyumbang tenaga ketika menewaskan Nepal 2-0.

Pertama kali juga malam tadi beliau bermain dalam pertandingan kompetitif, play-off Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022. Walaupun masih terlalu awal untuk menilai penglibatan beliau dalam skuad negara, namun hasilnya dapat dilihat memuaskan hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Satu rekod peribadi beliau juga dapat menjaringkan gol sulong malam tadi. Lebih manis lagi gol itu merupakan pembuka jaringan Malaysia sebelum membenam Timor Leste 7-1.

Beliau semasa di JDT boleh dianggap sebagai orang besi JDT apabila menjadi antara tiga pemain JDT terbanyak dalam membuat penampilan. 

Seterusnya dalam perlawanan kedua timbal balik, Malaysia akan berdepan sekali lagi melawan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil juga.

Diharap beliau dapat bukan sahaja mengekalkan malah meninhkatkan prestasi beliau dengan lebih cemerlang.

Dua lagi pemain JDT turut melakar sebagai penjaring gol iaitu Safawi Rasid (2 gol) dan Akhyar Rashid (1 gol). Safawi terlepas peluang menjadi penjaring hatrik apabila sepakan penalti di awal perlawanan tidak berjaya.