Baharu sebentar tadi jam 9.00 pagi melalui muat naik laman rasmi JOHOR Southern Tigers telah mengumumkan bahawa pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan satu perlawanan akhir bulan ini.
Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sendiri telah dimaklumkan perkara itu. DYAM TMJ teruja dengan berita tersebut.
Perlawanan Amal tersebut adalah antara pasukan ‘Rest of the World XI’ dan ‘Pilihan JDT’ yang akan dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini, 20 Jun 2019. Perlawanan bersejarah itu akan berlangsung di Stadium Larkin.

Diberitakan pasukan ‘Rest of the World XI’ tersebut akan menampilkan lebih dari 10 bekas pemain bola sepak terkemuka dari seluruh dunia termasuk Luis Figo, Roberto Carlos, Bebeto, Claudio Caniggia, Marco Materazzi dan Robert Pires.
Luis Figo adalah beks pemain Real Madrid dan lagenda bola sepak Portugal. Claudio Caniggia pula adalah bekas penyerang Argentina.
Baca juga : Patrick hanya mengenali JDT sahaja sebelum datang ke Malaysia
Bekas bntang bola sepak Itali, Marco Materazzi dan dari Perancis Robert Pires pula kedua-duany pernah memenangi Piala Dunia untuk negara masing-masing pada 2006 dan 1998.
Sebelum ini diawal musim pada perlawanan merebut Piala Sumbangsih antara JDT dan Perak turut disaksikan oleh Luis Figo dan yang terbaharu adalah Ronaldo turut hadir di Larkin Mac lepas.
Disamping itu akan diadakan sesi bersama penyokong di mana para penyokong akan berpeluang mendapatkan autograf dan bergambar bersama mereka.
Semua hasil kutipan dari Perlawanan Amal tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.