Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias menegaskan tiada tekanan buatnya selepas dipilih sebagai kapten Harimau Malaya buat kali pertama.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, apa yang perlu dilakukan adalah menggalas amanah yang diberi dengan sebaiknya.

“Kapten ini bukan isu besar. Ada pemain lain yang turut layak diberi peranan sebagai ketua pasukan.

“Nak kata gembira sangat tidaklah…cuma ini kali pertama saya jadi kapten dan saya menganggap itu sebagai amanah.

[ Baca juga : Kedudukan Farizal Marlias Terjamin ]

“Saya sudah bersedia untuk diturunkan. Bola sepak adalah permainan berpasukan jadi semua pemain perlu bersedia, jadi jika seorang pemain tidak bersedia itu akan mencacatkan pasukan.

“Tekanan tetap ada dalam bola sepak. Tidak kisah jika saya bermain sebagai kapten atau sebaliknya.

“Saya perlu mengambilnya sebagai cabaran,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selepas bertemu Nepal, skuad kebangsaan akan menentang Timor Leste dalam Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue yang sama ada 7 dan 11 Jun ini.

[ Baca juga : Tahniah Kapten Farizal ]

Pemain pertahanan Perak, Shahrul Mohd. Saad pula diumumkan sebagai penolong ketua pasukan.

Harimau Malaya akan menentang Nepal esok dalam aksi pemanas badan terakhir sebelum menghadapi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Sumber : Utusan Malaysia