Safawi Rasid, yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai Malaysia tahun lepas, telah menarik minat dari kelab di Jepun dan Korea Selatan (J-League dan K-League). Sumber ini diperolehi dari laporan berita New Straits Time hari ini.

Ini berlaku selepas persembahan cemerlangnya pada Sukan Asia tahun lepas, kelayakan Piala Asia Bawah 23 pada bulan Mac dan penglibatan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara AFC serta Liga Super.

Menurut pengasas Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, satu lagi sebab sebuah pasukan divisyen satu Jepun berminat dengan Safawi adalah kerana usianya.

“Pada usia 22 tahun, dia masih muda dan berpotensi untuk pergi lebih jauh, sebab itulah beberapa kelab di Jepun telah bertanya kepada saya. Tetapi saya tidak fikir mereka akan membiarkan dia pergi pada masa ini,” kata Effendi.

“Safawi telah bermain dengan baik untuk JDT dan dia adalah sebahagian daripada kecemerlangan pasukan itu.

Berita ini juga turut dimuatnaik oleh FoxSportsAsia sebentar tadi.

[ Baca juga : JDT Kekalkan Skuad Sedia Ada ]

Sementara itu, Pengarah Sukan I One Sports Agency, Syed Qamarul Firdaus Samat berkata beliau menerima pertanyaan daripada pasukan Liga Korea.

“Mereka bertanya mengenai Safawi dan ia dari satu kelab yang baik. Mereka baru-baru ini mengumumkan pembukaan kuota Asean, ia amat sesuai dalam perancangan mereka, “kata Syed Qamarul, yang mendedahkan bahawa pasukan itu juga berminat dengan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh.

Cara yang betul untuk menjadikan diri kita bahagia adalah mencintai pekerjaan kita dan mencari kebahagiaan di dalam diri…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, June 1, 2019

“Safawi telah menjaringkan dua gol menentang Korea Selatan di Sukan Asia dan yang mengagumkan kelab Korea. Tetapi bagi saya, JDT sudah menjadi salah satu kelab terbaik di Asia (dari segi fasiliti dan visi yang jauh). Jadi, saya tidak nampak Safawi akan pergi.

Sumber : New Straits Time