Ketiadaan beberapa pemain berpengalaman menyaksikan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Adam Nor Azlin dijangka menjadi pilihan utama jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi mengisi posisi pertahanan tengah.
Skuad Harimau Malaya dijadual akan berdepan dengan Nepal sebagai persiapan terakhir esok, skuad Harimau Malaya akan mengharungi tugasan penting untuk bertemu Timor Leste bagi aksi ‘play-off’ Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 pada 07 dan 11 Jun 2019 ini.
Meskipun tampak lebih matang selepas menyertai skuad Harimau Selatan apatah lagi berpeluang menguji kemampuannya di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), pemain berusia 23 tahun itu mengakui dia tidak boleh terus selesa dengan prestasi semasanya.
“Saya diberi lebih banyak peluang beraksi musim ini dan saya mengharapkan momentum bersama JDT dapat diteruskan ketika bersama skuad kebangsaan.

“Walaupun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan, saya perlu lebih professional dan terus memberikan yang terbaik. Peluang hanya datang sekali, jadi saya perlu memanfaatkan ia sebaiknya.
“Siapa pun gandingan yang akan diturunkan di posisi pertahanan tengah, saya yakin pemain yang dipanggil kali ini memiliki kemampuan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan,” kata Adam.
Selain Adam, pertahanan tengah yang turut dipanggil kali ini adalah Shahrul Saad (Perak), Dominic Tan (JDT), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan Irfan Zakaria (Kuala Lumpur).
Sebagai rekod, Adam Nor Azlin adalah antara pemain yang dipanggil kembali menyertai skuad kebangsaan selepas digugurkan daripada skuad Piala Airmarine 2019 yang berlangsung di sini, Mac lalu.
Ketika bersama JDT sehingga Mei 2019, Adam Nor Azlin telah diberi banyak masa dan pendedahan bermain. Beliau telah diberi kepercayaan oleh pengurusan JDT dan telah membuat penampilan sebanyak 18 perlawanan. Daripada itu, 12 perlawanan beliau mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Jumlah minit bermain di JDT beliau musim ini sebanyak 1,225 minit dan telah menyumbang tenaga 60 peratus daripada keseluruhan perlawanan JDT.
Di peringkan ACL pula, Adam telah disenaraikan dalam kesebelasan utama JDT sebnyak dua kali dan telah membuat 4 penampilan dengan masa main 245 minit.
Adam juga telah membuat penampilan dalam kesemua perlawanan Liga Super bersama JDT kecuali satu perlawanan menentang TErengganu FC di Kuala Terengganu.
Semoga Adam terpilih dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya dan menampilkan atu persembahan terbaik.
Sumber : Berita Harian, 01 Jun 2019