Pasukan Kedah yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak kelahiran Singpura tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-2 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin.
Beliau akui kehebatan barisan JDT dan berkata pasukan JDT adalah pasukan yang lebih baik malam itu.
Beliau menganggap pasukan kendalian Luciano Figueroa dan Benjamin Mora adalah pasukan yang serba lengkap malah mengawal perlawanan sejak babak pertama sehingga tamat perlawanan.
“Kami tahu bukan mudah untuk menentang JDT di laman mereka sendiri. Mereka miliki barisan pemain yang lengkap malah corak permainan pasukan itu juga lebih baik berbanding ketika kami menentang mereka 29 Mac lalu.” kta Aidil.
“Apa yang kami perlu lakukan ialah perlu belajar selepas tewas dalam perlawanan itu namun saya tetap bangga dengan pemain Kedah yang cuba sedaya upaya memberi tentangan terhadap JDT dalam aksi itu.” ujar Aidil.
“Agak sukar juga buat kami apabila beraksi dengan 10 pemain ketika itu kami ketinggalan 0-1 dan terpaksa berkerja keras mengekang asakan bertali arus barisan serangan JDT. Apapun itulah bola sepak biarpun cuba menyaingi pasukan itu kami terpaksa akur dengan kekalahan,” katanya.” jelas Aidil.
Dalam perlawanan malam itu JDT jelas menguasai perlawanan malah sering memperkotak-katikkan barisan pemain Aidil Sharin yang jelas tidak bermaya terutama kelibat pemain import Fernando Ortega dan Jonatan Bauman yang gagal menyerlah untuk mengancam penjaga gol JDT, Farizal Marlias.
Artikel Asal : Berita Harian