Tahniah Johor Darul Ta’zim (JDT) atas usaha dan perihatin terhdap penjagaan padang Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Usaha ini belum nampak dilakukan oleh pemilik stadium lain dalam negara.

Usaha dan sikap kebertanggungjawaban itu patut dicontohi pasukan lain demi menjaga ketahanan rumput padang dan keselesaan para pemain yang beraksi.

Sekiranya usaha itu tidak dilakukan, pada malam sebelum perlawanan dimulakan sudah tentu pemain yang beraksi malam semalam sama ada pasukan JDT mahu pun pasukan pelawat tidak selesa dan tidak dapat mempersembahkan satu permainan yang bermutu tinggi. 

Pemain mudah cedera dan corak permainan akan menjurus kepada kekasaran yang bileh mengakibat mudah cedera dan pergadukan tidak boleh dielakkan.

Pada sebelah petang hari semalam di Johor Bahru dilanda hujan lebat dan ribut di beberapa tempat. Bagi mengelakkan keadaan padang lebih buruk, pihak pengurusan berusaha menutup permukaan padang dengan kanvas khas bagi mengelakkan air banyak bertakung dan becak.

Sejam sebelum bermula perlawanan (9.00 malam), kanvas khas itu dibuka semula. Ia melibatkan ramai pekerja dan telah siap sedia untuk digunakan sebelum perlawanan dimulakan.

Usaha pengurusan itu mendapat pujian dari pelbagai pihak dan juga individu.

Foto : Individu dan TPS