Perlawanan kedua Kumpulan E Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) selesai dengan keputusan seri 1-1 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gyeongnam FC di Stadium Larkin, Johor Bahru sebentar tadi.
Gyeongnam FC terlebih dahulu berjaya mendahului perlawanan hasil dari tandukan Kwak Tae Hwi menewaskan Izham Tarmizi, penjaga gol JDT pada minit ke-52.
JDT berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Diogo Santo.
Perlawanan semakin rancak di separuh masa kedua dengan JDT banyak membuat percubaan ke arah gol.
JDT tidak bernasib baik malam ini kerana dua percubaan terkena tuang dan palang. JDT sepatutnya menggunakan peluang-peluang yang terhidang namun tidak bernasib baik dengan hanya mengutip mata pertama sejarah JDT dalam ACL.
Beberapa minit diakhir perlawanan JDT memperoleh dua peluang namun tidak berjaya menghasilkan gol.
Sehingga kini, JDT berjaya mengutip 1 mata dan masih berada di tangga terbawah manakala Gyeongnam kekal di tangga ke 3 dengan mengutip 2 mata.