JDT memulakan perlawanan dengan barisan kesebelasan utama yang agak berbeza dari perlawanan ketiga sebelum ini, mengembalikan Adam Nor Azlin di barisan utama JDT. JDT turun tanpa tonggak pertahanan mereka, Mauricio Nascimento. Afiq Fazail mengekalkan kedudukan sebagai pemain tengah bertahan kerana Natxo Insa masih belum cergas seratus peratus.

Peluang pertama JDT melakui cubaan Safawi Rasid pada minit ke-16 selepas sepakan percuma yang diambil oleh Diogo melantun balik namun sepakan Safawi tersasar.
Gol pertama JDT diperolehi melalui sepakan penalti oleh Gonzalo Cabrera yang diambil tidak dapat diselamatkan oleh Khairulfahmi. Sepakan penalti tersebut diterima kerana kekasaran pemain import Korea Melaka United, Jang Sukwon pada minit ke-33.
Gol kedua JDT dihasilkan oleh penyerang muda JDT, Safawi Rasid di minit ke 42. Gol tersebut berpunca dari lorongan cantik Diogo Santo menggunakan ‘back heel’ disudahkan dengan baik oleh Safawi.

Gol tersebut juga merupakan gol kedua Safawi musim ini selepas gol penalti yang dijaringkan ketika perawanan menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lepas.
Kedudukan kekal JDT mendahului Melaka United 2-0 sehingga wisel tamat separuh masa pertama.
Mampukah JDT menambah jaringan atau mampukah Melaka United yang diketuai oleh Shukor Adan mengimbangi permainan JDT malam ini ?
Kredit info grafik : Melaka United (MUSA) dan The Photoshooterz