Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan langkah kanan dengan bergaya apabila berjaya menundukkan Melaka United 2-1 pada kempen Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

JDT memulakan perlawanan dengan barisan kesebelasan utama yang agak berbeza dari perlawanan ketiga sebelum ini, mengembalikan Adam Nor Azlin di barisan utama JDT. JDT turun tanpa tonggak pertahanan mereka, Mauricio Nascimento. Afiq Fazail mengekalkan kedudukan sebagai pemain tengah bertahan kerana Natxo Insa masih belum cergas seratus peratus.

Seperti yang sudah dijangka, Leandro Velazquez membuat penampilan pertama malam ini namun dikeluarkan pada minit ke-77 digantikan dengan Akhyar Rashid.

Peluang pertama JDT melakui cubaan Safawi Rasid pada minit ke-16 selepas sepakan percuma yang diambil oleh Diogo melantun balik namun sepakan Safawi tersasar.

Gol pertama JDT diperolehi melalui sepakan penalti oleh Gonzalo Cabrera yang diambil tidak berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi. 

Sepakan penalti tersebut diterima kerana kekasaran pemain import Korea Melaka United, Jang Sukwon pada minit ke-33.

Gol kedua JDT dihasilkan oleh penyerang muda JDT, Safawi Rasid di minit ke 42. Gol tersebut berpunca dari lorongan cantik Diogo Santo menggunakan ‘back heel’ disudahkan dengan baik oleh Safawi.

Gol tersebut juga merupakan gol kedua Safawi musim ini selepas gol penalti yang dijaringkan ketika perawanan menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu.

Kedudukan kekal JDT mendahului Melaka United 2-0 sehingga wisel tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, JDT masih memperlihatkan dominasi perlawanan dengan beberapa serangan berbahaya terutama selepas kemasukan Akhyar Rashid.

Tersentak dua gol pada separuh masa pertama, anak buah Zainal Abidin Hassan menggandakan asakan sehingga menghasilkan pada minit ke-73 hadiah sentuhan Patrick Reichelt walaupun di dakwa ‘offside’ oleh Farizal Marlias.

Akhyar mempunyai peluang menjadi penjaring gol JDT namun cubaan beliau dapat ditepis dan diselamatkan oleh penjaga gol Melaka United.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Melalui statistik perlawanan, JDT telah membuat 8 percubaan berbanding Melaka 4 percubaan. 

Disamping itu JDT menguasai sebanyak 67 peratus permainan.

JDT berjaya mengutip 3 mata penuh malam ini dan menduduki tangga ke-2 Liga Super 2019 selepas 4 perlawanan. Di tangga teratas masih lagi pasukan Kedah selepas mengalahkan PJ FC semalam.

Info Grafik : BBST15

JDT dan Kedah berkongsi 10 mata dan dipisahkan oleh beza jaringan gol. Di tangga ke 3 pula adalah Pahang namun Pahang masih ada lagi satu perlawanan iaitu menentang Selangor di Stadium Darul Makmur malam esok.

FT: JDT 2-1 MEL. Saksikan perlawanan live yang dikuasakan oleh Boost di m.iflix.com/bola #FMoniflix #BolaUntukSemua

Posted by Football Malaysia on iflix on Saturday, February 23, 2019
Rangkuman perlawanan JDT vs MU

Rangkuman perlawanan : gg.gg/JDTvsMU

Kredit foto : The Photoshooterz