JDT terus menerima kepercayaan penaja Nike Malaysia setelah syarikat gergasi sukan antarabangsa itu menaja juara Liga Super lima tahun berturut-turut dengan nilai tajaan RM1.3 juta.
Ernest menambah, “Kami bangga untuk terus menaja JDT dan seperti kita tahu pasukan ini bukan sahaja akan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) malah akan membuat penampilan pertama pada aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).
“Nike turut mengeluarkan jersi yang akan digunakan di tempat lawan berwarna ungu dan ia cukup istimewa kerana diilhamkan daripada kenderaan jenis Ferrari LaFerrari milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tambah Ernest lagi, reka bentuk jersi JDT direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu. Malah jersi itu lebih ringan dan mengikut falsafah JDT iaitu bergerak ke hadapan.
Semua skuad Harimau Selatan, termasuklah JDT II, skuad Piala Presiden, Piala Belia dan pemain Akademi JDT turut menggunakan jersi tersebut. Harga jersi keluaran pemain (player issue) adalah RM549.00 manakala replika untuk penyokong (fan issue) bernilai RM185.00
![]() |
Ferrari LaFerrari |